Aku dan Sesuatu

Malaysia
December 18, 2006 9:50pm CST
Karya berkonsepkan ilustrasi grafik seringkali memutarkan persoalan yang berkait rapat dengan isu-isu masyarakat, persekitaran, sosio-budaya, aktiviti harian mahupun menyentuh naluri peribadi seseorang pengkarya. Menyorot telus karya Aie di dalam siri "Aku & Sesuatu" ini secara langsung menyentuh elemen-elemen ini secara total. Pengolahan karya visual di dalam novel grafik ini bergerak secara naratif, bertitik tolak dari satu plot ke plot yang lain untuk membentuk jalan cerita yang ingin disampaikan. Teknik lukisan yang diaplikasikan oleh Aie seolah-olah sektsa harian beliau di mana kelihatan garisan pensil dan padanan cat air jelas mendominasikan keseluruhan karya. Garisan pensil yang diolah ternyata memiliki kekuatannya yang tersendiri sepertimana ianya sudah dirancang tetapi tidak meminggirkan ciri-ciri kespontanan yang bersifat bebas dan berkarya. Subjek figura yang utama menunjukkan betapa pentingnya kekuatan garisan yang dimiliki oleh Aie, namun pengolahan visual dalam karya ini disokong oleh imej-imej yang terdapat di sekeliling beliau seperti pasu bunga, lampu, pelita ayam, sangkar burung, secawan kopi dan digabungkan bersama rangkap sajak menjadikan karya beliau lebih jitu dan bertenaga. Lukisan karya bersifat 'monochromatic' ciptaan Aie ini memaparkan ciri-ciri tranformasi imej yang lengkap terhadap kepekaan beliau dalam menghuraikan konflik yang berlaku disekeliling kehidupan seseorang watak. Namun keberkesanan karya jelas terletak kepada aspek transperansi. Subjek naratifnya yang kelihatan jujur dan telus seolah-olah mengajak pembaca melewati jiwa halus peribadi Aie yang jujur dalam proses perkaryaannya. Keseluruhan karya ilustrasi transperansi ini juga melambangkan sesuatu kehidupan sememangnya indah walau berpancaroba, menyelami erti kesyukuran kepada Sang Pencipta dan pencarian makna diri. Mungkin inilah yang dicari oleh Aie dalam proses penjanaan karya kreatifnya hingga bila-bila.. Untuk keterangan lanjut lawatilah halaman web www.aieworld.com
1 response
• Malaysia
19 Dec 06
novel yer ni.. hmm.. aku tak layan plak novel.. huhu
• Malaysia
20 Dec 06
layanlah beb.. dijamin puas hati :)
• Malaysia
20 Dec 06
huhu aku tak suke membace.. :(